Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah ibarat seorang musafir kelana yang mengembara dari satu tempat kesatu tempat menuju ke destinasi yang tertentu.Musafir kita masih terlalu jauh,kerana tempat tujuan akhir kita ialah alam akhirat yang kekal abadi.Dunia ini ibarat sepohon kayu ditepi jalan yang menjadi tempat kita berteduh sementara meneruskan perjalanan kita.
Kita sebagai seorang musafir dan sekaligus pejuang dijalan Allah perlu mengetahui beberapa perkara,agar kita berjaya sampai ke matlamat akhir kita .
Pertama sekali kita perlu tahu kemana arah tujuan hidup kita atau matlamat akhir kita supaya kita tidak tersesat dalam perjalanan yang jauh ini.Kita juga mesti tahu dan yakin bahawa tempat akhir tujuan hidup kita adalah negeri akhirat.Rasulullah saw bersabda “Dunia ini adalah tempat bertanam untuk dipetik hasilnya di akhirat”
Kedua ialah kita perlu tahu membaca dan perlu tahu alamat atau panduan di sepanjang jalan supaya kita selamat sampai ke tempat tujuan .Panduan hidup kita ialah Al-Quran ,hadis dan sunnah nabi.Ia juga merangkumi hukum Allah iaitu wajib,sunat,haram,makruh ,harus dan subhat.
Allah yang mencipta kita sudah semestinya tahu berkenaan diri kita dan Dia juga yang mengajar kita dan memberi panduan hidup kepada kita supaya sampai ke tempat tujuan dengan selamat.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,jika kamu berpegang teguh pada keduanya nescaya kamu tidak sesat iaitu Al-Quran dan sunnahku”
Ini bermakna sebarang isme ciptaan manusia tidak dapat memberi keselamtan di dunia,lebih lebih lagi diakhirat.Pengalaman dan sejarah telah membuktikan betapa ideologi ciptaan manusia hanya boleh mencetuskan pelbagai krisis dan huru hara.Pemimpin menyalahgunakan kuasa,terlibat dengan rasuah,ulama tidak berfungsi,bapa tidak betanggungjawab,isteri derhaka kepada suami,anak anak tidak mentaati kedua ibubapa dan dunia sudah hilang serinya dimana permusuhan demi permusuhan yang akhirnya menjurus kepada kehancuran dan malapetaka.Tiada lagi kasih sayang,tiada lagi ukhwah dan persaudaraan ,tiada lagi kebahagiaan dan keharmonian hidup sejagat.Inilah kehinaan yang Allah timpakan kepada manusia sebelum dicampakkan kedalam neraka di akhirat.
Keempatnya ialah kita perlu meyediakan bekalan yang secukupnya untuk perjalanan ini.Bekalan sangat penting bagi setiap musafir.Tanpa bekalan akan sulitlah perjalanan bahkanmemungkinkan kita tidak sampai ke tempat yang dituju.Sebaik baik bekalan itu ialah bekalan takwa.Antara pengertian takwa diantaranya ialah takut dan taat akan Allah,mengasihi saudara seperti mengasihi diri kita sendiri,berbaik sangka dengan perkara yang menimpa kita,redha,sabar dengan takdir Allah tentang apa yang berlaku dan akan berlaku,kita tinggalkan segala larangan Allah,amalkan perintahNya,zahir dan batin.
Oleh itu orang yang bertakwa itu ialah orang yang dapat memenuhi kehendak Allah dan islam secara keseluruhan.Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah : 207 yang bermaksud “Hendaklah kamu masuk kedalam islam itu secara keseluruhannya”
Oleh itu,untuk selamat dalam perjalanan ini, kita perlu kepada persefahaman,permuafakatan,persaudaraan dan perlu bersatu untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.Rasulullah pernah bersabda “ Berjemaah( bersatu) itu rahmat dan berpecah itu azab”
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi) Keterangan hadis diatas : Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah kita bertakwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).
No comments:
Post a Comment