Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang". Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a
Saturday, November 13, 2010
12 Maksiat Hati ( Renungan Bersama)
Ada 12 maksiat hati yang harus kita semua tahu, semoga dengan semua ini anda semua akan sedar akan kebenaran.. Jika anda pernah melakukan perkara sebegini, mohon la kemaafan secepat mungkin kerana Allah S.W.T. itu Maha Pengampun, sementara anda masih lagi mempunyai peluang untuk berubah...
1. Buruk sangka terhadap Allah SWT.
2. Merasa aman daripada kemurkaan Allah SWT.
3. Putus asa dengan rahmat Allah SWT.
4. Bersifat takabbur sesama manusia.
5. Riak atau melakukan kebajikan dengan tujuan bermegah-megah.
6. Ujub atau berbangga dengan amal ibadat yang dilakukan.
7. Dengki dan dendam.
8. Berazam mengekali ibadat atau berazam sentiasa hidup dalam keadaan maksiat.
9. Sayang mengeluarkan harta untuk nafqah dan zakat.
10. Buruk sangka sesama manusia..
11. Menghina manusia lain tanpa kebenaran syarak.
12. Memberi sumbangan dan terlibat dalam perkara maksiat.
Moga kita terlidung dari maksiat hati tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment