AKU HANYA INSAN BIASA

Tuesday, November 30, 2010

Bila Kita Diuji... ( Muhasabah )

ALLAH S.W.T. berfirman,

“ Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu, Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun”

Bila kita diuji, apakah perasaan kita? Bila kita diuji dengan kesempitan wang, apakah yang sering menari di mulut kita? Bila kita diuji dengan kesakitan, apakah yang sering berlari di dalam pemikiran kita? Apabila kita diuji dengan musibah seperti kecurian, kematian dan sebagainya, apakah yang kita akan lakukan?

Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.

Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.

Kadangkala, kita akan menyatakan di dalam hati kita, kenapa aku diuji?

Ya, kenapa kita diuji?

ALLAH S.W.T. menjawab,

“ Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan kami beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”


Ya, ALLAH menyediakan pelbagai ujian kepada kita, ALLAH menguji kita, semata-mata adalah untuk menguji keimanan kita. Sesungguhnya manusia ini sedang menuju salah satu dari dua tempat perngakhiran. Syurga atau neraka. Jika kita merujuk kitab-kitab yang menyatakan perihal syurga, pastinya kita akan terpegun kagum dengan kehebatan syurga yang langsung tidak dapat kita gambarkan kehebatannya.

Ada satu riwayat menceritakan bahawa hebtanya syurga itu sehinggakan apabila manusia memasukinya buat pertama kali, akan terpegun terlebih dahulu selama 50 tahun kerana hebat dan menakjubkannya syurga.

ALLAH S.W.T. berfirman,

“ Balasan mereka di sisi ALLAH adalah syurga ‘and, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya…”

Hidup penuh senang lenang di dalam syurga, yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambarkan, buat selama-lamanya, bukankah itu terlalu sedikit jika kita hendak bayar dengan sedikit kepayahan yang kita alami di dunia ini?
ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita.

Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?

Saya teringat sebuah kisah yang saya baca ketika saya kecil dahulu, di dalam buku cerita-cerita israiliyyat,
Cerita itu menyebut tentang kisah dua orang nelayan. Seorang menebar jalanya dengan menyebut basmalah, seorang lagi menebar jalanya dengan menyebut nama berhala. Namun apabila diangkat, yang membaca berhala mendapat banyak ikan, sedangkan yang menyebut nama ALLAH langsung tidak mendapat ikan.

Malaikat yang melihat peristiwa ini bertannya kepada ALLAH, mengapa jadi begitu, sedangkan yang mendapat ikan banyak itu menyekutukan ALLAH, dan yang mendapat ikan sedikit itu beriman kepadaNya.

ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.

Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.

Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?
Ingatlah bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri adalah satu ujian.
Manusia diuji setiap masa.
Kerana cagaran syurga adalah iman.

Dan rahmat ALLAH itu melimpah kepada kita atas dasar keimanan kita kepadaNya.



Takwa Adalah Sebaik Baik Bekal Untuk Perjalanan Kita ( Tazkirah )


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah ibarat seorang musafir kelana yang mengembara dari satu tempat kesatu tempat menuju ke destinasi yang tertentu.Musafir kita masih terlalu jauh,kerana tempat tujuan akhir kita ialah alam akhirat yang kekal abadi.Dunia ini ibarat sepohon kayu ditepi jalan yang menjadi tempat kita berteduh sementara meneruskan perjalanan kita.

Kita sebagai seorang musafir dan sekaligus pejuang dijalan Allah perlu mengetahui beberapa perkara,agar kita berjaya sampai ke matlamat akhir kita .

Pertama sekali kita perlu tahu kemana arah tujuan hidup kita atau matlamat akhir kita supaya kita tidak tersesat dalam perjalanan yang jauh ini.Kita juga mesti tahu dan yakin bahawa tempat akhir tujuan hidup kita adalah negeri akhirat.Rasulullah saw bersabda “Dunia ini adalah tempat bertanam untuk dipetik hasilnya di akhirat”

Kedua ialah kita perlu tahu membaca dan perlu tahu alamat atau panduan di sepanjang jalan supaya kita selamat sampai ke tempat tujuan .Panduan hidup kita ialah Al-Quran ,hadis dan sunnah nabi.Ia juga merangkumi hukum Allah iaitu wajib,sunat,haram,makruh ,harus dan subhat.

Allah yang mencipta kita sudah semestinya tahu berkenaan diri kita dan Dia juga yang mengajar kita dan memberi panduan hidup kepada kita supaya sampai ke tempat tujuan dengan selamat.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,jika kamu berpegang teguh pada keduanya nescaya kamu tidak sesat iaitu Al-Quran dan sunnahku”

Ini bermakna sebarang isme ciptaan manusia tidak dapat memberi keselamtan di dunia,lebih lebih lagi diakhirat.Pengalaman dan sejarah telah membuktikan betapa ideologi ciptaan manusia hanya boleh mencetuskan pelbagai krisis dan huru hara.Pemimpin menyalahgunakan kuasa,terlibat dengan rasuah,ulama tidak berfungsi,bapa tidak betanggungjawab,isteri derhaka kepada suami,anak anak tidak mentaati kedua ibubapa dan dunia sudah hilang serinya dimana permusuhan demi permusuhan yang akhirnya menjurus kepada kehancuran dan malapetaka.Tiada lagi kasih sayang,tiada lagi ukhwah dan persaudaraan ,tiada lagi kebahagiaan dan keharmonian hidup sejagat.Inilah kehinaan yang Allah timpakan kepada manusia sebelum dicampakkan kedalam neraka di akhirat.


Ketiga,setelah kita tahu matlamat kita,peraturan kita,maka marilah kita patuhi semua peraturan yang digariskan oleh Allah itu.Ada undang-undang tetapi kita tidak mematuhinya samalah dengan tidak ada undang-undang.Jika kita tidak mahu mematuhi hukum- hukum yang Allah tetapkan itu,bukan saja kita tidak akan selamat di akhirat,bahkan di dunia lagi kita mungkin akan merasai azab Allah.

Keempatnya ialah kita perlu meyediakan bekalan yang secukupnya untuk perjalanan ini.Bekalan sangat penting bagi setiap musafir.Tanpa bekalan akan sulitlah perjalanan bahkanmemungkinkan kita tidak sampai ke tempat yang dituju.Sebaik baik bekalan itu ialah bekalan takwa.Antara pengertian takwa diantaranya ialah takut dan taat akan Allah,mengasihi saudara seperti mengasihi diri kita sendiri,berbaik sangka dengan perkara yang menimpa kita,redha,sabar dengan takdir Allah tentang apa yang berlaku dan akan berlaku,kita tinggalkan segala larangan Allah,amalkan perintahNya,zahir dan batin.

Oleh itu orang yang bertakwa itu ialah orang yang dapat memenuhi kehendak Allah dan islam secara keseluruhan.Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah : 207 yang bermaksud “Hendaklah kamu masuk kedalam islam itu secara keseluruhannya”

Oleh itu,untuk selamat dalam perjalanan ini, kita perlu kepada persefahaman,permuafakatan,persaudaraan dan perlu bersatu untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.Rasulullah pernah bersabda “ Berjemaah( bersatu) itu rahmat dan berpecah itu azab”




Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi) Keterangan hadis diatas : Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah kita bertakwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).






Cinta? ( Muhasabah )

Anda pernah bercinta?

Dengan siapa?

Ada orang kata, cinta ini ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung, akan membuatkan makanan itu menjadi tawar dan kurang rasanya, jika berlebihan pula, makanan akan menjadi terlalu masin dan hilang pula selera kita. Tetapi, jika digunakan dengan sederhana, maka makanan itu akan menjadi sedap lagi menyelerakan.

Saya, sependapat dengan kata-kata itu.

Cinta memang ibarat garam dalam masakan. Jika tiada langsung cinta di dalam kehidupan kita, maka hidup kita akan menjadi ‘tawar’, tak bermakna, kosong tiada gembira. Tetapi, jika cinta itu berlebihan, maka ia akan memusnahkan diri. Hal ini kerana, emosi itu biasanya memperkudakan pemikiran. Namun jika cinta itu dikawal, disalurkan ke arah yag betul, maka hidup akan menjadi indah dan menyenangkan.

Persoalannya, kepada siapakah cinta hendak kita letakkan?

Saya suka dengan satu kata-kata Al-Mutanabbi berkenaan cinta. Katanya:

“ Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah TUHAN menciptakan alam ini”

Kalau kita perhatikan, atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH menghantarkan rasul kepada manusia untuk menjaga manusia, memandu kita ke jalan kebenaran. Atas dasar cinta dan kasih sayang jugalah ALLAH memberikan kita nikmat yang pelbagai, dan memberikan kita ruang untuk bertaubat walaupun menggunung dosa telah kita lakukan.
Ternyata, cinta dan kasih sayang ALLAH kepada kita, memang luas tanpa sempadan.

Tetapi, kepada siapakah cinta kita letakkan?


Perumpamaan cinta ibarat garam tadi, sering manusia gunakan untuk cinta lelaki dan perempuan. Alasannya, tanpa cinta, maka tidak indah dunia.

Ya, saya juga mengakuinya. Cinta lelaki perempuan memang lumrah, fitrah manusia, hadiah daripada ALLAH. Tetapi, apakah benar itu cinta kita yang utama?

Ramai orang nampak, cinta itu dengan perempuan. Ramai orang nampak, cinta itu dengan teman lelaki. Kalau cinta itu, mesti dengan suami isteri. Begitulah kebanyakan manusia melihat dan meletakkan cinta. Bagi yang ada semangat patrioritik, maka cintanya akan berkait dengan negara. Bagi yang ada jiwa sastera, maka cintanya bersambung dengan bahasa.

Tetapi pada saya, cinta-cinta itu bukanlah cinta yang mesti kita cari terlebih dahulu. Cinta-cinta itu, jika diambil pada sudut itu sahaja, ia akan menjadi cinta yang murah, luput ditelan zaman, dan akan hilang tanpa jejakan.
Cinta pertama kita sepatutnya dengan ALLAH SWT, yang telah menciptakan kita dengan segala kasih sayangNya. Hal ini kerana, saya melihat, cinta kepada ALLAH SWT, akan membuahkan cinta kepada yang lain-lainnya. Siapa yang memulakan cintanya kepada perkara lain, dengan mencintai ALLAH terlebih dahulu, maka secara automatiknya, cintanya kepada perkara lain itu akan menjadi mahal, utuh, kekal, malah mampu menembus akhirat.

Hal ini kerana, segala apa yang kita lakukan kerana ALLAH, akan menjadi ibadah untuk kita. Pastinya, bila kita nyatakan kerana ALLAH di sini, bukanlah hanya mulut sahaja yang pandai berbicara, tetapi amal kita juga dipastikan terjaga. Kerana ALLAH, maka tiada lorong maksiat yang menjadi jalan kita dalam menyambung cinta.




Hamka ada berkata,

“ Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan ALLAH semata-mata. Yang tidak suci dan buta hanyalah orang yang salah menggunakan cinta.”

Kita lihat, ramai manusia hari ini melihat cinta itu murah. Kenapa? Kerana sudah terlalu banyak kes manusia tergadai maruah kerana cinta, manusia menjadi gila kerana cinta, manusia bunuh diri kerana cinta, dan pelbagai lagi kes yang buruk berlaku kerana cinta.

Mari kita lihat dan rujuk semula, bagaimanakah cinta-cinta mereka itu? Adakah didirikan atas dasar keimanan dan taqwa kepada ALLAH? Apakah digerakkan atas niat untuk mencpaai redhaNya?

Cinta itu mahal sebenarnya. Amat mahal. Berharga, dan penting. Cuma, kesilapan manusia meletakkan cinta, dan jahilnya mereka untuk memulakan gerakan cinta mereka, membuatkan cinta itu kelihatan murah, sehinggakan ada yang menjauhi cinta itu sendiri.

Di manakah anda meletakkan cinta anda?

Dengan siapakah anda bercinta?

Marilah kita bermuhasabah, letakkanlah cinta kita di tempat yang benar, mulakanlah cinta kita dengan permulaan yang betul. Semoga hidup kita terang benderang, dengan sumber cinta daripadaNya yang tidak akan kunjung malap, menembus hingga ke akhirat tanpa kelam.

Menanti Bakal Rajaku...( Buat Muslimah )


Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,
kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,
Kerana,Dia pilihan ku..Amin.... 



Tuesday, November 23, 2010

Rasulullah S.A.W Laknat Perempuan Nipiskan Bulu Kening







FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31) 


Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)


Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)


Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)


Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)


Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA 3 KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
' Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

(sumbangan artikel dari sahabat-sahabat kembang anggrek) r.o

Monday, November 15, 2010

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE' (Muhasabah)

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan.  Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)  Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA.

Perselisihan, Gempa, Tanda-Tanda Kiamat dan Kehadiran Imam Mahdi

This summary is not available. Please click here to view the post.

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?





Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!



Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru wahai sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar Solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi!

~Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!

Justeru bila Dia menyeru
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu
buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!




Derhaka Kepada Ibu Bapa Punca Hidup Berkemelut

ISLAM meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketakwaan.

Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka.

Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)

Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi.

Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kec il kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

Hadis itu menjelaskan ‘tidak menghormati orang tua’ sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim. Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji.

Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa. Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah.

Pelbagai bentuk pem balasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka. Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa.

Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan ‘kasar’ juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra, ayat 23).

Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang salih yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak salih adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaa t, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Setiap Mukmin Mesti Perjuangkan Islam!

Umat kurang ilmu, hidup bergelumang maksiat kemungkinan mudah ditewaskan musuh

Jenayah  kemanusiaan dilakukan Zionis Yahudi ke atas kaum Muslimin di Palestin membuka mata dunia Islam dan mendatangkan keinsafan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan duduk diam sehingga umat ini mengikuti golongan mereka. Terjajah, menyerah, mengikut segala kehendak dan taat setia kepada mereka.

Tabiat dunia sentiasa bergolak oleh perebutan kuasa, pertumpahan darah, kezaliman dan penyelewengan manusia. Selagi mana yang berkuasa adalah orang yang tidak mengenal Allah dan beriman kepada-Nya selagi itu tidak akan aman dunia ini selama-lamanya.

Oleh itu, Allah memberi amanah kepada Rasul-Nya dan orang mukmin untuk menegakkan kalimah Allah sehingga tiada lagi fitnah di atas muka bumi ini menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh), maka ketahuilah bahawa Allah pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Surah an-Anfal, ayat 39)

Mengisytiharkan perang dengan kekuatan senjata umpama menjemput kematian ke kubu umat Islam kerana kekuatan orang kafir begitu jauh mengalahkan lawannya. Tetapi amatlah tidak wajar apabila generasi Islam menyerah bahkan langsung menghapus kalimah jihad dalam kehidupan mereka.

Kerana janji utama setiap mukmin kepada Allah adalah memperjuangkan Islam dan jangan sesekali mengkhianatinya, sebagai mana firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfal, ayat 27)

Perjuangan membela agama adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, jika di Palestin kanak-kanak kecil begitu berani melempar batu, dikejar desingan peluru serta dihantui bom Zionis yang menceraikan tangan dan kaki daripada tubuh kanak-kanak tidak berdosa.

Di sini, anak kita sewajibnya belajar bersungguh-sungguh, membina sahsiah diri dan merancang masa depan seraya berjanji dengan ilmu dan kepakarannya nanti mereka akan menolong saudaranya di seluruh bumi Allah.
Anak adalah pemimpin masa depan, merekalah kekuatan umat yang mesti disediakan sebaik-baiknya, seperti mana suruhan Allah yang bermaksud:

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Anfal, ayat 60)

Dalam merancang kekuatan umat, tidak dinafikan timbul kemelesetan dan penyelewengan dalam perancangan itu. Penyelewengan dalam perjuangan yang menjadi faktor kelemahan umat Islam sudah disenaraikan dalam al-Quran antaranya:

Umat bercerai berai. Mengapa terjadi fitnah ini sehingga melemahkan kekuatan umat ?

Punca perselisihan dan bercakaran sesama sendiri adalah kerana tiada kesatuan matlamat dalam perjuangan. Dunia dan hawa nafsu sudah merosakkan keikhlasan umat, ada golongan yang berjuang kerana hendak mendapat habuan dunia, sementara golongan yang ikhlas terganggu tumpuan mereka yang seharusnya membuat perlawanan ke atas orang kafir, akhirnya mengalihkan serangan itu kepada saudaranya yang berlainan visi dan misi.

Fenomena sebegini sudah dirasai Rasulullah SAW dalam perjuangan Baginda menghadapi golongan munafik. Dengan kecekapan Baginda SAW gangguan kaum munafik dapat diatasi sebaiknya.

Rasulullah SAW menumpukan usaha pembentukan kesatuan dan perpaduan orang yang beriman. Kepentingan membentuk keimanan dalam barisan generasi pejuang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi dan (terhadap) orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang sudah ada perjanjian antara kamu dengan mereka dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Adapun orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. jika kamu (hai Muslimin) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 72-73)

Iman dan hijrah yang memberi semangat perubahan ke arah kecemerlangan serta jihad menjadi tiga elemen penting boleh menyatukan umat ke arah misi dan visi yang satu.

Punca kelemahan umat Islam yang kedua adalah maksiat dan kemungkaran yang menjadi penyakit dalam tubuh umat. Maksiat menyebabkan manusia lupa diri, berpaling dari sisi Allah dan menjadi sebahagian ahli keluarga syaitan yang suka melakukan kerosakan.

Maksiat akan terus hidup dengan subur jika tiada usaha mencegahnya daripada merebak ke dalam tubuh umat. Seperti kisah kaum terdahulu, bagaimana Allah menimpakan azab ke atas mereka kerana kemungkaran yang dibiarkan berleluasa.

Umat Islam menghadapi tentangan sebegini pada hari ini, namun maksiat yang dilakukan orang Islam kadang-kadang lebih teruk dibandingkan kejahatan orang kafir. Begitu cepatnya iman mereka berubah, seperti mana sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir. Atau seseorang yang beriman pada waktu petang kemudian esok harinya dia sudah menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Jika kemungkaran dan maksiat sudah menjangkiti tubuh umat Islam, mereka hidup seperti orang kafir yang tiada bezanya antara mereka maka sedikit demi sedikit nilai Islam itu hilang daripada keperibadian generasinya.

Perasaan, pandangan dan pemikiran mereka sama seperti orang kafir, tiada langsung roh Islam yang masih tinggal dalam hati mereka. Akhirnya mereka tidak mengenal apa erti membela agama, menghayati ajaran Islam, bahkan dicampakkan saja al-Quran dan hadis itu sebagai kitab peninggalan kuno yang disimpan dalam muzium sejarah mereka.

Alangkah mudahnya mengalahkan umat Islam tanpa melakukan serangan fizikal dan persenjataan yang berbilion harganya. Cukup dengan menyebarkan virus maksiat dalam generasi Islam pasti mereka akan menyembah berhala moden bernama hawa nafsu lantas dengan begitu senangnya jiwa mereka mati sebelum jasadnya.

Ketiga yang menyebabkan umat lemah adalah kebodohan. Bangsa maju di dunia ini sudah jauh berlari ke hadapan meneroka hingga ke angkasa lepas semata-mata mahu menakluk bumi di bawah kekuasaan mereka.
Sedangkan umat Islam masih di situ, mengharap kekayaan bangsanya yang terpendam di bawah tanah diambil sedikit demi sedikit untuk menghidupkan anak cucunya dan menjadi negara pengguna paling tinggi daya belinya kepada negara kafir.

Jika berduit pun tetapi tiada ilmu, apa akan jadi dengan generasi akan datang? Sudah pun begitu masih juga bersikap sombong tidak mahu belajar dan hanya berharap daripada kekuatan yang sedikit saja.
Pendidikan belum lagi menjadi agenda pertama dan utama di mana hal ini merangsang tumbuhnya benih kemiskinan di negara Islam. Apabila ketiga-tiga faktor tadi masih membelenggu tubuh umat Islam, tidak mustahil mereka masih terus terjajah dan terpecah menjadi bangsa yang mundur selama-lamanya.

Oleh  Dr Juanda Jaya

Sunday, November 14, 2010

Musibah Ujian Tentukan Tahap Nilai Diri Umat (Muhasabah)


Orang yang beriman itu apabila ia mendapat nikmat-nikmat dari Allah, ia malah semakin bersyukur & merendah diri kerana menyedari hakikat kehidupan di dunia ini yang tidak kekal & fana. Ia sentiasa merasa kerdilnya diri & insaf bahawa Allah Yang Maha Memberi juga Maha Berkuasa mengambil kurniaan-Nya pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Kemudian pula  jika ia ditimpa musibah, orang-orang mukmin itu tetap saja bersyukur, tunduk & sujud kepada Penciptanya kerana menyedari akan hakikat kehidupan di akhirat. Bersederhana dan kekal tawaduk, itulah bahagia yang membahagiakan diri (bahkan mungkin orang-orang disekeliling kita) – dalam apa jua suasana. Insya Allah.

Apabila seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.

Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya.

Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.

Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.
Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.

Firman Allah yang bermaksud:

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.



Sebenarnya Kebahagiaan Itu Mudah Di Raih (Muhasabah)

Di antara nikmat terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati. Ini adalah kerana, di dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus, dan keriangan jiwa. Ramai orang mengatakan: “Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari.” Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu akan merasa mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan hidup, serta mampu menjadikan apa yang berada disekitarnya sebagai sarana dalam mencapai kebahagiaan hidup.

Adapun perkara utama untuk meraih kebahagiaan adalah dengan meningkatkan daya ketahanan jiwa raga, tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak gentar dengan berbagai peristiwa yang menerpa, dan tidak sibuk memikirkan perkara-perkara yang kecil dan remeh. Begitulah, semakin kuat dan jernih hati seseorang, maka akan semakin bersinar pula jiwanya.

Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran; lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan.

Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri..
Maka segala sesuatu akan berlalu..
Dan yang tersisa hanya kebahagiaan…

Di antara musuh utama kegembiraan adalah wawasan yang sempit, pandangan yang cetek, dan egoisme dan sikap melupakan keadaan alam seisinya tanpa mengambil pelajaran daripadanya. Dan Allah menyifatkan musuh-musuhNya sepertimana berikut:

“… mereka dicemaskan oleh diri mereka sendiri…” (Ali-Imran: 154)

Orang-orang yang berfikiran sempit, sentiasa melihat dunia ini menurut perspektif mereka sendiri. Mereka tidak pernah memikirkan pandangan orang lain, mereka merasai hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri, dan sama sekali tidak memperhatikan kepentingan orang lain. Sesungguhnya di antara saya dan anda terkadang harus memperhatikan, tetapi suatu saat kita perlu menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembuhkan luka, dukacita, dan kesedihan kita.

Maka dengan demikian, kita akan memperolehi dua perkara sekaligus iaitu kebahagiaan diri dan kebahagiaan orang lain.
Suatu perkara utama yang perlu anda lakukan dalam meraih seni kebahagiaan ialah bagaimana mengendalikan diri dan menjaga fikiran anda. Sekiranya fikiran anda tidak dikendalikan, tentu fikiran anda akan terbawa ke mana-mana, begitu juga fail kesedihan yang tersimpan di dalam fikiran anda terbuka kembali dan buku kesedihan yang telah tertulis sejak anda dilahirkan dari perut ibu akan terbaca kembali.

Sesungguhnya fikiran liar yang tidak terkendali itu hanya akan menghidupkan kembali luka lama, bahkan juga mencemaskan masa hadapan. Ia juga dapat membuatkan tubuh gementar, melenyapkan jati diri, dan perasaan terbakar. Oleh kerana itu, kendalikan fikiran anda  ke arah yang baik dan mengarah pada perbuatan bermanfaat.

“Dan, bertawakkallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati…” (Al-Furqan: 58)

Perkara utama yang juga penting dalam mempelajari seni kegembiraan adalah bahawa anda harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaannya yang sebenar. Bagaimanapun, kehidupan ini laksana permainan yang harus diwaspadai kerana dunia ini adalah pusat terjadinya segala kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikianlah sifat-sifat dunia, maka mengapa ia harus diberikan perhatian dan bersedih di atas kehilangannya? Keindahan hidup di dunia ini seringkali palsu, janji-janjinya hanya fatamorgana belaka, apa yang terlahir pasti akan lenyap, orang yang menjadi tuan di dunia akan didengki, dan orang yang mendapat nikmat akan dibenci, dan kekasih tercinta suatu ketika akan membunuh dengan kepergiannya.


Bapa kami membangun ummah
sedang kami adalah penghuninya
Setiap saat terdengar burung gagak.
Kami menangis di dunia inidan tidak terikat dengannya
sedangkan bagi merekadunia telah mengumpulkan mereka
dan tidak terpisahkan.Lantas di manakah
para penguasa yang sombong itu.
Mereka mengumpulkan harta
seolah akan dibawa mati.
Mereka tidak menyisakan buat orang lain
yang hidup dalam kesempitan.
Begitu terus sehingga tubuh dihimpit tanah
dalam liang lahad.Mereka membisu dalam kesombongan
seolah tidak tahu sama sekali.Sesungguhnya setiap kalimah mereka
adalah kemutlakan yang harus dituruti.

Dalam sebuah hadith disebutkan:

“Sesungguhnya ilmu itu didapati hanya dengan cara mempelajari; dan keramahan itu diperolehi dengan cara membiasakan bersikap sopan.”

Dalam ilmu peradaban disebutkan bahawa kegembiraan itu tidak datang begitu sahaja; harus diusahakan dan dipenuhi segala sesuatu yang menjadi prasyaratnya. Lebih dari itu, untuk mencapai kebahagiaan anda harus menahan diri dari sesuatu yang tidak bermanfaat. Begitulah cara membina jiwa agar sentiasa bersedia di ajak mencari kebahagiaan.
Kehidupan dunia ini sebenarnya tidak berhak membuat kita bermuram durja, mengeluh dan lemah semangat. Sebuah syair mengatakan:

Hukum kematian telah berlangsung di muka bumi
Apalah dunia ini dibanding dengan rumah nanti
Saat kau melihat manusia di dalamnya bercerita
Kau kumpulkan cerita dari berbagai sumber cerita
Cerita itu kau cetak di atas kotoran
Sedang kau menginginkannya suci dari segala debu dan kotoran
Mengumpulkan hari-hariadalah berlawanan dengan sifat alaminya
sama dengan meminta bara api di genangan air
Bila kau mengharapkan kemustahilankau telah membangunkan harapan
di tepi jurang yang runtuhUsirlah keraguan yang ada di dirimu secepatnya
Kehidupan yang kau miliki
adalah selembut dari berberapa lembaran
Mereka berpacu mengejar kuda perkasa
bergegas agar dapat kembali
sampai mereka cacat
Tidak mungkin kau meraih kejayaan
dalam suatu zaman
jika kau menyerahsebab watak zaman adalah melawan kebebasan





an pada hakikatnya, anda tidak mampu melepaskan diri dari pengaruh kesedihan, kerana kehidupan dunia ini memang diciptakan penuh dengan kesedihan.


“Kami telah menciptakan manusia dalam susah payah.” (Al-Balad: 4)

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya…” (Al-Insaan: 2)

“…supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik amalnya…” (Al-Mulk: 2)

Namun demikian, hal ini tidaklah beerti anda harus tenggelam dalam kesedihan. Usahakanlah agar kesedihan, kecemasan dan kedukaan anda itu dapat dikurangkan dan lebih ringan dirasakan. Adapun tempat yang tiada kesedihan sama sekali hanyalah disyurga yang penuh dengan kenikmatan. Oleh kerana itu, orang-orang yang memperolehi nikmat di dalam syurga berkata:

“…segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami…” (Fathir: 34)

Ini merupakan dalil bahawa kesedihan tidak akan lenyap dari seseorang kecuali apabila kita sudah berada disyurga kelak (Amin). Demikian juga kebencian tidak akan lenyap kecuali setelah manusia masuk syurga.

“Dan, Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada di dalam hati mereka…” (Al-Hijr: 47)

Maka barangsiapa mengetahui keadaan kehidupan dunia dan sifatnya, nescaya ia akan dapat menghadapi setiap rintangan dan menyikapi tabiatnya yang kasar dan pengecut itu. Dan kemudian, ia akan menyedari bahawa memang demikianlah sifat dan tabiat dunia itu.

Kenikmatan dunia seperti bersumpah
bahawa dia tidak akan berkhianat
Seolah-olah dunia mengatakan
bahawa dia tidak mungkin akan binasa.

Jika benar dunia seperti yang kita gambarkan di atas, segala urusan seperti yang telah kami sebutkan, sebaiknya kita menyaring segala sesuatu yang ada di dunia ini agar kita tidak terpengaruh olehnya. Dengan demikian, kita tidak menyerah terhadap dunia yang penuh dengan kekotoran, kecemasan, kedukaan dan kesedihan. Bahkan sebaliknya, mereka harus melawan semuanya itu dengan seluruh kekuatan yang telah Allah kurniakan kepadanya.

“Dan, siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu…” (Al-Anfal: 60)
“…mereka tidak  menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh).” (Ali-Imran: 146)

RENUNGAN

Jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil. Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.

Jangan bersedih, kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).

Seoang penyair berkata:

Terkadang bencana
membuat sesak dada seorang pemuda
sedang hanya Allah yang Memiliki jalan keluar
Setiap peristiwa terasa berperanan dalam menyesakkan dadanya
Sehingga ia mengira tidak ada jalan keluar dari bencana itu…

Oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Kenali 10 Jenis Fitnah (Renungan Bersama)

SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana Al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. (Ayat 191 dan 217 Surah Al-Baqarah)

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud: �Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.

Ia seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorangMuslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorangkafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.� (Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripadaAbu Hurairah)

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusihadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara. Sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selakuPencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat keranamahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Fitnah melalui kepimpinan negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.

Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.

Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.

Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

Fitnah melalui ungkapan
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.

Fitnah melalui penulisan
Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

Fitnah melalui iklan produk
Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.

Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid
Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat
Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri Muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.-Hrkh_

Kredit : Harakah daily

Manusia suka memfitnah kerana :

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.
Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.
Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.Suka-suka.
Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.

Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....
Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.

Wallahua'lam.

terima kasih.

selamat membaca dan fikirkan....